Ilmu ini saya dapat dari MP tetangga dan saya berbagi dengan Teman semua,karna ingat sebuah kata :
”BILAMANA ANDA BERPARTISIPASI DALAM PENYEBARAN INFORMASI INI ANDA BAGAIKAN SEORANG DOKTER YANG TELAH MENYEMBUHKAN BERIBU-RIBU BAHKAN BERJUTA-JUTA MANUSIA".
Tapi saya bukan seorang Dokter lhoooooo,hehehe….
Smoga bermamfa’at………
Buah pisang : Buah paling digemari penduduk dunia mempunyai 1,001 khasiat dan kaya berbagai vitamin.
Pisang ternyata sangat baik buat kita konsumsi selain kaya vitamin,ternyata baik juga buat kesehatan,akan tetapi buat penderita kencing manis pisang ini tidak bagus buat dikonsumsi karna kandungan gula didalam pisang terlalu tinggi..
Ketua Diatetik dan Pemakanan Khasiat, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad.Beliau berkata, Orang yg mengkonsumsi pisang memberikan banyak khasiat kepada tubuh kerana secara keseluruhannya ia mengandungi tenaga, vitamin A, vitamin C,serat dan Kalsium.
"Sebagai contoh, 2 biji pisang emas mengandungi 100 kalori, 73gram (g) air, 1.4g protein, 23 g karbohidrat, 1.7 g serat, 380 mikro gram (mg) karoten (pre vitamin A), 63 RE vitamin A, 8.3 mg vitamin C dan 342 mg kalium," katanya.
Pisang juga mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Gula semula jadi ini amat penting untuk pertumbuhan anak-anak.
Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa,pisang juga mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat.
Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit..
FAKTA
Khasiat pisang dari sudut kesehatan
· Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
· Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.
· Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
· Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
· Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
· Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.
INFO LAIN
· Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.
· Disebabkan permintaan dunia terhadap pisang terlalu tinggi, banyak hutan rimba telah diteroka dan dibersihkan untuk dibuka ladang penanaman pisang.
· Jika anda digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.
· Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.
100 gram pisang menyediakan
· 1.2 gm protein
· 0.3 gm lemak
· 17 mg kalsium
· 78 mg karotin
· 88 mg kalium
· 27.2 gm karbohidrat
· 0.4 gm fiber
· 116 kcal tenaga.
(Sumber: Berita Harian, 1Jun 2007)